variasi sulaman klasik
harga RM 30.00
kategori Kraf
penulis Mariam Abu Bakar
halaman 288
berat 950 gram
tarikh terbit 02 September 2004
isbn 983-124-166-5
SINOPSIS
Sulaman merupakan salah satu bentuk seni kerajinan tangan yang tertua dan telah wujud sekitar 2000 tahun yang silam. Di seluruh pelosok dunia, ia berkembang menjadi karya seni yang bernilai tinggi. Malah kemahiran ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri dan sentiasa membesar dari sehari ke sehari.

Pelbagai buku berkaitan sulaman dihasilkan di peringkat antarabangsa. Namun, ia boleh dikira dalam terbitan Bahasa Melayu. Oleh itu Alaf 21 mengambil langkah menerbitkan Buku Variasi Sulaman Klasik karya Mariam Abu Bakar untuk kemudahan masyarakat tempatan. Buku ini dimuatkan dengan lebih 240 jenis jahit sulaman tangan dan lebih daripada 80 jenis jahit sulaman mesin. Ia juga menampilkan 20 projek contoh. Bagi membantu mereka yang baru mempelajari kraf ini, penulis telah berusaha menyusun tahap kemahiran dari yang termudah hingga yang paling kompleks.

Buku ini dihasilkan dengan harapan seni sulaman klasik ini tidak akan lupus. Keaslian dan seni halus hasil kerja ini tidak boleh diperolehi oleh mesin jahit berkomputer. Selain daripada memberi ilmu, kemahiran ini diharap terus berkembang dan diwarisi dari generasi ke generasi. Ini kerana sulaman telah menjadi refleksi dari pemikiran, ide-idea dan kebudayaan sesuatu bangsa.
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com