janjiku bersamamu
harga RM 19.90
kategori Novel
penulis Aleya Aneesa
halaman 508
berat 450 gram
tarikh terbit 23 Mac 2007
isbn 978-983-124-289-6
SINOPSIS
Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti
lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula
yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya
kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun,
itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com