moga kau mengerti
harga RM 19.90
kategori Novel
penulis lily
halaman 544
berat 400 gram
tarikh terbit 20 Ogos 2007
isbn 978-983-124-317-6
SINOPSIS
NOVEL beliau bertajuk ''Moga Kau Mengerti'' kini boleh didapati di kedai-kedai buku sekarang. Anda pasti teruja membacanya.

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com