melodi kasih
harga RM 18.00
kategori Novel
penulis Hezzy Azra
halaman 480
berat 450 gram
tarikh terbit 24 Disember 2007
isbn 978-983-124-327-5
SINOPSIS
Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah dilahirkan pada bulan yang sama tetapi menerima takdir yang berbeza-beza. Warna-warna cinta mereka juga tidak sejernih titisan embun.

Zahara yang pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. Namun sampai bila?

Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pada percaturan keluarga, menerima Taj sebagai suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.

Istana cinta yang Iman bina bersama Huzir memekar bunga-bunga sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pada cinta yang ikhlas mereka berpaut. Teguhkah cinta itu?

Ahh... Sukarnya mengungkapkan kata cinta. Tatkala ucapan cinta dilafazkan, bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan. Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir, mudah juga dipersendakan. Lantas, tegakah insan-insan ini berhadapan dengan kemelut cinta masing-masing? Dalam benci, ada sayang. Akan ketemukah kebahagiaan yang didambakan?
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com