mencari abadi
harga RM 18.00
kategori Novel
penulis Luqman Hakim
halaman 464
berat 400 gram
tarikh terbit 12 Disember 2007
isbn 978-983-124-328-2
SINOPSIS
Kedengaran mersik dan lembut suara lelaki tua itu. Mengungkapkan sebaris kata-kata yang tertulis di depannya. Tidak difahaminya langsung. Dan kenapa perlu dia ungkapkan? Dia diburu kekeliruan kini. Kenapa lelaki tua ini muncul di depannya? Kenapa dia perlu berada di tempat asing ini?

Kali ini Aliff Iman tekad. Walaupun tahu akan mendapat tentangan daripada keluarga, dia tetap tidak akan berubah hati. Dengan kemunculan seorang lelaki tua yang mengajarnya dua kalimah syahadah dalam mimpi, telah membuatkan Aliff Iman memilih Islam sebagai agama pegangannya.

Dia kini benar-benar yakin bahawa agama yang dianutinya kini lebih menenteramkan seluruh jiwanya. Rahsia perkenalannya dengan Intan Najwa, seorang gadis Melayu telah membuatkan keluarganya menuduh Aliff Iman sengaja masuk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan gadis itu.

Keluarganya langsung tidak boleh menerima hakikat yang anaknya kini telah bertukar agama. Pelbagai konflik telah berlaku antara Aliff Iman dan keluarganya di kampung sehingga dia telah diusir oleh ibunya sendiri.

Dengan hati yang lara, dia telah kembali ke Kuala Lumpur tetapi sekali lagi hatinya bagai disentap kuat apabila ternampak gadis pujaan berjalan beriringan dengan lelaki yang jauh lebih bergaya daripadanya. Jiwanya yang kacau bilau itu sekali lagi diuji dengan satu ujian yang maha hebat.

“Dugaan ini terlalu berat untukku hadapi..
Namun, andai itu yang tertulis kepadaku sejak azali lagi, akan kuterima dengan hati yang redha...”
BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com