kala mimpi bersatu
harga RM 19.90
kategori Novel
penulis Emma Maizura
halaman 512
berat 450 gram
tarikh terbit 10 Oktober 2008
isbn 978-983-124-393-0
SINOPSIS
KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.

Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.

Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.

Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri. Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com