biar jadi kaktus
harga RM 19.90
kategori Novel
penulis Iffa Zalia
halaman 512
berat 500 gram
tarikh terbit 31 Januari 2011
isbn 978-983-124-653-5
SINOPSIS
Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato'''''''''''''''' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com