tertib peribadi
harga RM 13.00
kategori Umum
penulis Zalida Adam
halaman 312
berat 400 gram
tarikh terbit 22 Julai 2008
isbn 00
SINOPSIS
Setiap hari, kita berkomunikasi dengan pelbagai pihak; sama ada sesama ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat handai mahupun orang awam. Begitu juga, pelbagai tempat kita kunjungi; tidak kiralah untuk apa jua urusan sekali pun.

Pastinya pernah terdetik di hati, sama ada pembawaan kita manis di mata orang. Tetapi, berat mulut kita untuk bertanya dan tidak pasti kepada siapa patut diajukan. Adakala juga, tanpa disedari, banyak perlakuan kita yang tidak kena, tetapi tiada siapa yang berani menegur demi menjaga hati kita.

Adab dan etiket adalah cermin diri seseorang dan tidak boleh dipandang remeh. Tingkah laku yang baik dan budi bahasa terpuji dapat memberi gambaran peribadi kita. Ia bukan sekadar memberi kesan positif terhadap diri sendiri, malah turut mmberi tanggapan yang baik kpada orang lain juga.

Oleh itu, dengan menitipkan kembali himpunan adab dan etiket ini, buku TERTIB PERIBADI ini amat bermanfaat dijadikan panduan memperbaiki diri. Kompilasi artikel daripada Majalah Mingguan Wanita ini amat sesuai untuk semua.

Antara isi kandungan:

Adab Kenalkan Diri
Adab Berada di Meja Makan
Adab Berhadapan dengan Jurujual
Adab Sesama Teman Serumah
Adab Mendengar
Adab Sesama Rakan Sekerja
Adab Hidup Berjiran
Adab Memberi dan Menerima Hadiah
Adab Melawat Pesakit
Adab Melayan Orang Kurang Upaya
Adab Menumpang di Rumah Orang
Adab Memulakan Perbualan
Adab Memakai Napkin di Meja Makan
Adab di Majlis Bufet
Adab Menonton di Pawagam
Adab Berada di Pejabat
Panduan Menghadiri Temu Duga
Adab Memberi dan Menerima Kritikan
Adab Sampaikan Berita Buruk
Garis Panduan Bekerja di Rumah
Adab dengan Anak Angkat
Adab Menjawab Isu Sensitif
Adab Menolak Permintaan Orang
Adab Meminjam Hak Orang Lain
Adab di Majlis Terbuka
Adab Pendengar yang Baik
Adab Mengajar Si Cilik
Adab Berkongsi Kenderaan
Adab Gunakan Telefon Bimbit
Adab di dalam Kapal Terbang
Adab Terhadap Anak-Anak
Adab Berkawan
Adab dengan Orang Sekeliling
Adab Berkunjung dan Menerima Kehadiran
Adab Berhadapan dengan Tragedi
Adab Ketika Marah
BUKU-BUKU LAIN
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com