kisah benar cyber 999
harga RM 22.00
kategori Umum
penulis Kompilasi
halaman 320
berat 300 gram
tarikh terbit 25 Ogos 2015
isbn 978-967-86-0613-4
SINOPSIS
Abad ini, jenayah berlaku di mana-mana. Semakin dunia mencapai arus kemodenan, semakin banyak kes jenayah yang dilaporkan. Bukan hanya jenayah kecurian, pembunuhan, rompakan, tetapi jenayah siber juga semakin kerap berlaku. Semuanya kerana manusia yang semakin hilang akal dan pertimbangan diri oleh pelbagai sebab.


Buku ini merupakan koleksi insiden dan jenayah siber yang pernah dilaporkan berlaku di Malaysia. Insiden dan jenayah siber ini meliputi kes-kes penyalahgunaan internet untuk mencari keuntungan mudah, gangguan seksual siber, penipuan dalam urusan jual beli atas talian, penyebaran maklumat palsu, fitnah, kecurian data, pencerobohan data dan pelbagai jenis lagi.


Menyedari betapa seriusnya jenayah ini, maka pihak CyberSecurity Malaysia telahmengambil inisiatif untuk menerbitkan buku ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya ‘keselamatan diri’ semasa berada di atas talian. Kes-kes yang dimuatkan di dalam buku ini semuanya berdasarkan kisah-kisah benar yang pernah berlaku dan dilaporkan.
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com