melukis kartun cara gayour
harga RM 15.00
kategori Umum
penulis Gayour
halaman 144
berat 350 gram
tarikh terbit 28 Mac 2008
isbn 978-983-124-325-1
SINOPSIS
KEMAHIRAN melukis kartun yang berkesan bukanlah mudah seperti yang disangka, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk menjadi ilustrator mahupun kartunis. Melukis kartun untuk tatapan umum memerlukan mesej yang mempunyai moral dan pengajaran walaupun karakter itu nampak melucukan.

Justeru, buku Melukis Kartun Cara Gayour memuatkan panduan melukis kartun secara langkah demi langkah dalam menghasilkan sesebuah cerita kartun. Buku ini juga menumpukan pada penciptaan karakter kartun dan perkara-perkara asas yang berkaitan. Anda turut didedahkan teknik melukis rupa paras sama ada lelaki mahupun perempuan, daripada kanak-kanak sehingga orang tua, kepelbagaian wajah, bentuk badan, mimik muka sehinggalah pada pergerakan karakter. Bukan itu sahaja, penggunaan peralatan melukis sesuai turut diperkenalkan sebelum memulakan sebarang kerja melukis kartun.

Dengan adanya panduan melukis yang dipaparkan oleh Kartunis Gayour, mudah-mudahan anda mendapat manfaat. Asahkan bakat anda yang terpendam dan yakin boleh pada diri sendiri. ''''''''Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.''''''''
BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com