dulu pencuci kini pengurus
harga RM 11.00
kategori Umum
penulis Mohd Rafi
halaman 176
berat 100 gram
tarikh terbit 20 Julai 2012
isbn 978-983-124-786-0
SINOPSIS
MOHD RAFI hanya sebagai seorang tukang cuci - kerjaya yang tidak pernah diangan kan oleh sesiapa pun. Hakikatnya, kerjaya itulah yang membawanya ke tahap yang lebih baik hari ini. Rasa malu yang menebal digantikan dengan usaha gigih untuk menjadi tukang cuci yang terbaik. Hasil dorongan penyelianya, Mohd Rafi berjaya membuktikan dirinya juga mampu berdiri setanding orang lain. Kejayaannya bukan datang bergolek. Dia berusaha tanpa berputus asa dan tanpa mengira jemu berserta kesabaran yang jitu. Dia tidak hanya berserah pada nasib, tetapi terus cuba memperbaiki diri agar tidak perlu terus-terusan berasa malu. Dia percaya, dia juga mampu berjaya seperti orang lain.

Buku ini pilihan tepat untuk anda yang sedang mencari formula bagi membantu memecahkan tembok kebal dalam diri yang sering menjadi penghalang kejayaan. Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit? Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!
BUKU-BUKU LAIN
KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com