variasi tanaman hiasan
harga RM 21.00
kategori Umum
penulis Abu Bakar Mat Daud
halaman 192
berat 550 gram
tarikh terbit 25 April 2005
isbn 983-124-189-4
SINOPSIS
Impikan taman kreatif anda sendiri? Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu cara untuk mencantikkan halaman rumah yang terbiar kosong. Pasti anda cemburu tatkala terpandangkan taman yang dihias cantik di rumah rakan anda! Jangan bimbang... anda pasti berjaya merealisasikan impian dengan bimbingan Pakar Hortikultur, Abu Bakar Mat Daud.

VARIASI TANAMAN HIASAN membantu anda mengenali asas-asas dan keperluan tanaman sebelum memulakan langkah-langkah menggubah taman anda sendiri. Sebagai permulaan, buku ini mampu memenuhi citarasa anda. Dilengkapi dengan gambar-gambar yang berwarna-warni, VARIASI TANAMAN HIASAN ini juga membantu anda mengenali pelbagai spesies tanaman yang cantik dan boleh dijadikan hiasan. Setiap spesies dilengkapi dengan keperluan tanaman berserta cara penanamannya. Sebagai bonus, buku ini turut memaparkan beberapa tips yang berguna sebagai rujukan! Cukup berinformatif.

Khas untuk anda yang gemarkan kekemasan dan keceriaan halaman rumah, VARIASI TANAMAN HIASAN cukup sesuai sebagai panduan. Tidak perlu lagi bantuan daripada pakar untuk menghiasi halaman rumah anda! Dan pastinya ia lebih menjimatkan jika anda mempelajari semuanya sendiri. Hasilnya... sudah tentu jauh lebih memuaskan!
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com