rahsia dapur - soal jawab dunia masakan
harga RM 15.00
kategori Umum
penulis Norzailina Nordin
halaman 384
berat 500 gram
tarikh terbit 07 Februari 2006
isbn 983-124-221-1
SINOPSIS
KEK anda mendap dan bantat? Biskut anda keras macam batu? Kuah kari ayam anda tidak ‘mengancam’? Sukar mendapatkan bahan-bahan masakan yang pelik? Anda tentu mempunyai 1001 masalah lain tentang masakan yang pernah anda hadapi. Tak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah-masalah tersebut? Apa kata anda dapatkan buku terbaru dari Alaf 21, RAHSIA DAPUR SOAL JAWAB DUNIA MASAKAN yang dihasilkan oleh pakar masakan terkenal, Norzailina Nordin di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Buku ini mengandungi segala macam pertanyaan tentang masalah dan kemusykilan dalam bidang masakan. Buku ini juga merupakan koleksi soal jawab yang pernah tersiar dalam ruangan Soal Jawab Resipi menerusi laman web Alaf 21. Segala masalah dan kemusykilan tersebut diselesaikan dengan kerjasama Norzailina Nordin.

Sekiranya anda inginkan panduan atau petua untuk mendapatkan hasil masakan yang sempurna dan cara penggunaan peralatan memasak, buku ini sangat sesuai dijadikan rujukan.
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com