love you forever
harga RM 26.00
kategori Novel
penulis Nia Reiya
halaman 544
berat 500 gram
tarikh terbit 10 Jun 2016
isbn 978-967-86-0726-1
SINOPSIS
Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI

Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL

Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa sahaja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA

Hidup aku musnah. Masa depan aku menjadi gelap. Aku benci kau, Farah. Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku tak akan terima kau sebagai darah daging aku. Disebabkan kaulah maruah aku tercalar. Aku benci kau! – KALSOM

Siapakah Farah sebenarnya? Apakah yang terjadi pada Kalsom hingga dia membenci anak kandungnya sendiri? Dapatkah Fakhrul menyelamatkan rumah tangga mereka? Apakah kesudahan percintaan Fakhrul dan Amalina? Berjayakah Farah meraih cinta Fakhrul. Apakah kesudahan rumah tangga mereka?