menu ibu & anak (hidangan ibu berpantang & selera si manja)
harga RM 26.00
kategori Resipi
penulis Suwarsi M. Arukin
halaman 160
berat 100 gram
tarikh terbit 25 November 2015
isbn 978-967-86-0645-5
SINOPSIS
‘Tukar menu biasa, menjadi hidangan luar biasa’. Itulah konsep yang penulis kongsikan melalui 70 resipi dalam buku ini yang pasti membuka selera ibu berpantang dan si manja seawal usia enam bulan. Baik ibu mahupun anak, kedua-duanya memerlukan makanan berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien masing-masing.

Ulam pegaga, lobak putih, sawi putih, ikan haruan, ikan bilis, lada hitam, kunyit, serai, lengkuas merupakan bahan-bahan yang sering digunakan untuk menu ibu berpantang. Manakala puri dan bubur dari sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin pula khusus dalam menu bayi. Semua bahan berkhasiat ini akan ditemui dalam resipi yang dikongsikan. Cubalah dahulu, pasti para ibu akan teringat-ingat hidangan ini walau sudah habis berpantang. Si manja pula makin hari makin membesar dengan ceria. Selamat memasak!