30 kg dalam 80 hari
harga RM 29.90
kategori Umum
penulis Sufian Sulaiman
halaman 264
berat 250 gram
tarikh terbit 25 Januari 2015
isbn 978-983-124-996-3
SINOPSIS
Anda gemuk? Pernahkah anda terfikir anda mampu mengubahnya? Dengan kos yang sangat minimum, sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan tiada perkataan ‘putus asa’ dalam kamus kehidupan. Anda pasti berasa berbaloi tatkala melihat hasilnya nanti.

‘30kg Dalam 80 Hari’ merupakan pengalaman sebenar seorang jurulatih kecergasan dalam membantu seorang gadis yang mahu menurunkan berat badannya. Hasil teknik, kaedah, strategi dan tip yang diberikan, berat badannya turun sebanyak 37kg.

Impian untuk tampil dengan bentuk badan yang lebih menarik dan sihat kini boleh direalisasikan dengan kehadiran buku ini. Bukan sekadar cakap kosong, setiap tip yang diberi sudah terbuktipun dan hasilnya cukup luar biasa.

Antara kandungan menarik:
Faktor kegagalan melalui topik ‘Kekuatan Dan Kelemahan’ dan ‘Syarat Kejayaan’.
Kuasai teknik melalui topik ‘Mahir Teknik Dan Kaedah Kardio’ dan ‘Fasa Ke Fasa’.
Ketahui rahsia senaman sempurna melalui Strategi G2K.